Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, Johor!


Bahasa Malaysia


KARANGAN JENIS BERGAMBAR

 Bina lima ayat berdasarkan gambar di bawah :




  1.  Seorang murid perempuan memberi makan kepada ikan-ikan di atas jambatan kecil yang disediakan di taman sains sekolah.
  2. Seorang murid perempuan menyiram pokok bunga di taman sains menggunakan air paip.
  3. Seorang murid lelaki menanam biji benih di taman sains dengan menggunakan sudip tangan.
  4. Dua orang pelajar lelaki mencabut rumput yang tumbuh di sekitar kolam ikan itu.
  5. Seorang murid lelaki mengangkat sebuah bakul untuk membuang sampah rumput itu ke dalamnya.


SOALAN NILAI MURNI


Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah :

1. Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim.
Nilai murni : ___________________

2. Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup subur.
Nilai murni : ___________________

3. Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya.
Nilai murni : ___________________

4. Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki.
Nilai murni : ___________________

5. Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka.
Nilai murni : ___________________

6. Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam kereta.
Nilai murni : ___________________

7. Cindy tidak bersikap sombong apabila memenangi pertandingan menyanyi itu.
Nilai murni : ___________________

8. Pakcik Ling suka menderma kepada orang yang susah.
Nilai murni : ___________________

9. Kami menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah nenek.
Nilai murni : ____________________

10. Kami menyimpan duit angpau kami di dalam bank untuk kegunaan masa depan.
Nilai murni : _____________________

Jawapan :
1. Murah hati
2. Menjaga kebersihan dusun
3. Berusaha mencari jalan penyelesaian
4. Membantu jiran
5. Semangat kejiranan
6. Menghargai nyawa
7. Bersikap rendah diri
8. bersikap murah hati
9. mengeratkan hubungan persaudaraan
10. berjimat-cermat



APAKAH JENIS PUISI INI ?

 Nazam Kecanggihan Akal.

Hidup kita ini memerlukan bekal,
Ilmu pengetahuan itu laksana tangkal.

Tempuhi cabaran cekalkanlah hati anda,
Manfaat akal juga tampilkan wibawa.

Flora dan fauna menghiasi alam semesta,
Menyimpan rahsia kepelikan alam buana.

Flora dan fauna memang penuh keanehan,
Membuat kita sedarkan ilmu pengetahuan.

Di muka bumi ada banyak jenis tumbuhan,
Termasuk juga yang pelik mencabar fikiran.

Aneka bunga hidup subur keliling kita,
Kumpulan maklumat serta kayakanlah minda.

Haiwan melata sama sekali jangan dihina,
Setiap hidupan ada rahsia kejadiannya.

Jelaslah haiwan berfaedah kepada insan,
Cerita silamnya boleh dijadikan teladan.

Membaca jangan sangat ditentukan masa,
Belajar sendiri janganlah sampai dipaksa.

Ilmu pengetahuan perlu dicari sentiasa,
Bersumberkan buku ataupun secara maya.

Cuba murid-murid perhatikan, bunyi suku kata hujung di setiap baris dalam rangkapnya mempunyai bunyi yang sama.

Tatabahasa tambahan: Laman Bahasa





PUISI UNTUK GURU

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

Aku Sepasang Baju Kurung

    Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor . Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .

    Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan mempunyai seorang tuan yang cantik . Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . 
     
      Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . 

     Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari . Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor. 
 
     Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar .