Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, Johor!


SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SABAK UNI

Pada tahun 1948 berlakunya satu sejarah yang membanggakan penduduk kawasan Sabak Uni.Demi kepentingan pelajaran anak-anak mereka,satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membina sekolah.Puan Hajah Maimunah Binti Mustaram telah bermurah hati mewakafkan tanahnya seluas dua ekar untuk tapak sekolah.Penduduk-penduduk di kampung ini membina sekolah seperti yang di rangcang.mereka mengambil bahan-bahan binaan seperti kayu-kayu daripada hutan yang berhampiran.

Pada mulanya sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Sabak Uni,yang diambil dari nama asal kawasan ini ia itu Sabak Uni.kemudian di atas persetujuan ramai nama sekolah ini di tukar kepada Sekolah Umum Seri Sabak Uni.Namun demikian nama sekolah ini telah ditukar sekali lagi dan kekal hingga sekarang ia itu Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni.Awal tahun 1950 sekolah ini mula menerima murid-murid yang datangnya dari kawasan Sabak Uni.Seramai 130 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar di sekolah ini.Cikgu Shahid Bin Hassan merupakan guru besar yang pertama dan di bantu dengan 3 orang guru.Disebabkan pertambahan murid dari tahun kee tahun,pada tahun 1970 sekolah ini telah digantikan dengan sebuah bangunan batu dua tingkatbangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, bilik guru besar pejabat,bilik guru,tandas dan kantin sekolah.pada ketika ini sekolah mempunyai seramai 212 orang murid ,11 orang guru,seorang guru besar,seorang pembantu tadbir ,seorang pembantu am rendah ,3orang pekerja rendah awam dan seorang jaga.Pada tahun 1998  Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni diberi tambahan 2 bilik darjah lagi bagi menampung pertambahan murid.

Namun begitu sekolah masih kekurangan bilik darjah.sekolah masih mengharapkan bangunan tambahan yang mengandungi bilik darjah dan bilik-bilik khas.Dalam menuju era ke alam siber yang serba canggih dan ledakan era teknologi maklumat, Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni telah mendapat sebuah makmal komputer yang lengkap dengan komputer dari kementerian pendidikan malaysia. Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni telah memulakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pada tahun 2000. 


VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

MOTO

Semangat Ingin Maju

SSU : Adalah singkatan nama Seri Sabak Uni





Bentuk Asas : Bujur telur adalah atas dasar ingin menimbulkan keunikan dari segi reka bentuk lencana sekolah serta juga dari aspek keselamatan bagi murid.

Obor : Melambangkan semangat belajar, berjuang, bersukan, bekerja dan daya saing

Buku : Melambangkan gedung ilmu pengetahuan yang sentiasa menjadi teman kepada pelajar-pelajar dan guru-guru

Warna Biru : Melambangkan perpaduan dan kematangan cara berfikir

Warna Kuning : Melambangkan pemerintahan Diraja

Warna Merah : Melambangkan kesediaan menghadapi cabaran.



LAGU SEKOLAH


Semangat ingin maju itulah cogankata
Sekolah Seri Sabak Uni
Berjayalah ibu pertiwi
Andai aku telah maku jaya

Akanku pimpin generasi baru
Kearah kecemerlangan peribadi
Membina budaya kerja cemerlang
Bersikap proaktif berdaya saing

Demi agama nusa bangsa
Ku belay cita-cita ku tunaikan harapan
Ibu bapa kucintai
Kepada guru jasa mu tak dilupa
Pedoman untuk berjaya (2x)
Maju Seri Sabak Uni





OBJEKTIF SK SERI SABAK UNI
  1. Melaksanakan 100% Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-parkara yang di luar kawalan SK Seri Sabak Uni.
  2. Memastikan pencapaian murid Tahap 2 sekolah    mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3 % dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan UPSR 
  3. Memastikan 100 % murid sekolah Rendah Negeri Johor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam     Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah. 
  4. 100 % aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan  Pelanggan