RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS.
PBS di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.
Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.
PROGRAM LINUS
( Literacy Numeracy Screening Programme )
KONSEP LITERASI
Definisi asas literasi adalah untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung "dan" serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
KONSEP NUMERASI
Definisi asas numerisi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
PELAN
TINDAKAN PROGRAM LINUS 2012
NAMA PROGRAM
|
MATLAMAT
|
AKTIVITI
|
TEMPOH
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1.Bengkel LINUS
|
Membina bahan-bahan
P&P LINUS
|
1.Membina kad-kad
suku kata, kad perkataan,kad gambar.
2.Menghasilkan
powerpoint
|
Sepanjang Tahun
|
Semua guru Bahasa
Malaysia dan Matematik
|
Anggaran kos : RM200
|
2.Program Mento
Menti
|
Membimbing murid
Linus yang belum mengusai kemahiran 4M.
|
1.Seseorang guru
membimbing sekurang-kurangnya 1 atau 2 orang murid.
|
Jan - Oktober
|
Guru Bahasa Melayu
dan Matematik Tahap 1.
|
Murid dibimbing
mengikut konstruk yang belum dikuasai.
|
3.Program Sentuhan
Minda
|
Mencungkil bakat dan
kebolehan murid-murid LINUS
|
1.Pertandingan Baca
Lancar
2.Pertandingan
Tulisan Cantik
3.Bijak Sifir
4.Bijak Kira/Nombor
|
Jun
|
Murid Linus Kohort
1,2 dan 3
|
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
- Pendekatan Bersepadu
- Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
- KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
- Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
- KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
- Pendidikan Seumur Hidup
- KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Apakah perbezaan antara ABM dengan BBM
ABM dan BBM adalah berbeza. Alat lebih kepada peralatan, “tool”, material yg merujuk kepada benda yang diguna murid-murid,yang membantu pembelajaran murid, memudahkan dan menarik minat. Manakala bahan pula merujuk kepada ramuan, kandungan, perkara, panduan yg digunakan oleh guru seperti buku cerita, rajah, carta, lukisan, bahan bercetak, bahan elektronik sebagai rujukan guru yg membantu pengajaran guru.Dalam definisi lain, ABM merupakan kelengkapan atau perkakasan untuk menyampaikan maklumat. Manakala BBM bermaksud perisian atau isi kandungan maklumat yang disampaikan.
Apakah contoh-contoh Bahan Bantu Mengajar lama?
Antaranya white board yang boleh di gulung, biji saga atau biji getah
Untuk membuat ABM, kita perlu merujuk dengan guru-guru. Perbincangan dua hala akan dapat menghasilkan idea yang lebih relavan dan hebat.
Untuk membina ABM, kita perlu ambil kira aspek berikut :
1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. Kandungan pelajaran
3. Tujuan utama ABM tersebut di bina
4. Kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid
Antaranya white board yang boleh di gulung, biji saga atau biji getah
Untuk membuat ABM, kita perlu merujuk dengan guru-guru. Perbincangan dua hala akan dapat menghasilkan idea yang lebih relavan dan hebat.
Untuk membina ABM, kita perlu ambil kira aspek berikut :
1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. Kandungan pelajaran
3. Tujuan utama ABM tersebut di bina
4. Kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid